Mungkin MAKLUK Lain Terlibat Dalam Marathon Gunung Gajah TEROM


Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa,". SUMBER

Makluk Lain Juga Penghuni Hutan :

Memang benar apa yang dibuat oleh unit forensik hospital Hulu Terengganu dengan teknologi masa kini yang canggih serta tepat pada Sains nya akan tetapi kita tidak boleh menolak akan kewujudan MAKLUK lain didalam hutan tersebut.

Didalam Al-Quran juga ada menyatakan tentang kewujudan Jin dan Iblis yang mana manusia tidak boleh nampak dalam bentuk asalnya dan hanya  akan melihat dalam jelmaan yang pelbagai bentuk.

Oleh yang demikian sesuatu kejadian itu adalah kehendak ALLAH SWT dan ia telah tertulis kepada setiap  MaklukNYA yang berada diatas muka bumi ini dan tidak mustahil dengan apa yang berlaku kebelakang ini.

Jadi admin akan berkongsi sekeping gambar yang telah disebarkan di media sosial dan admin cuba meneliti gambar tersebut bahawa ia nya benar akan kewujudan makluk lain.

Masyaallah... Nauzubillah...

Ayah Arwah Dihari Kedua Sedang Berzikir Tempat Target


  • DALAM buku yang berjudul “Alam Jin Menurut Al Qur’an dan As Sunnah ” , Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat menjelaskan sepuluh perkara tentang alam jin menurut Al Qur’an dan Sunnah.
PERTAMA
Jin dikenakan taklif (kewajiban ) seperti halnya manusia. Dalilnya ayat Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz Dzaariyaat: 56)
KEDUA
Jin ada yang mukmin dan ada juga yang kafir. Dalilnya ayat Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza .” ( Al Jin: 11)
Berkata Ust. Abdul Hakim : “Ada yang mukmin pengikut tariqah ahlus sunnah wal jama’ah menurut pemahaman salafush shalih, ada yang mukmin pengikut mu’tazilah dan ada yang mukmin pengikut ahlul bid’ah lainnya . (hal 19)
KETIGA
Jin itu diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam ) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27 )
KEEMPATJin adalah satu bangsa yang besar dan terbahagi-bahagi, sehingga Iblis termasuk salah satu bangsa jin. Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya): “Dan ( ingatlah ) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ” Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu ? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim. ” (Al Kahfi : 50)
KELIMA
Manusia lebih mulia daripada jin. Dalilnya adalah Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan ( ingatlah ) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ” Sujudlah kamu kepada Adam ,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis ; dia enggan dan takabur dan adalah dia termasuk golongan orang-orang yang kafir. ” (Al Baqarah : 34)
Berkata Ust. Abdul Hakim , “Oleh kerana itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka dia membuat jin semakin sombong, takabur, dan besar kepala. ” ( Hal. 24)
KEENAM
Jin, termasuk Iblis beserta kaumnya tidak boleh dilihat oleh mata kepala kita, manusia tidak boleh melihat jin (dalam rupa aslinya). Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya): “Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al A’raaf: 27)
KETUJUH
Manusia itu dapat dirasuki oleh jin, dengan kata lain “kerasukan”. Dalilnya adalah Al Qur’an Surat Al Baqarah: 275 (yang ertinya): “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (Al-Baqarah: 275)
KELAPAN
Bahawa jin atau syaitan itu ada yang lelaki dan ada yang perempuan dan mereka sama dengan kita, kahwin dan bercampur antara lelaki dan perempuan. Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya): “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin: 6)
Juga hadits yang merupakan do’a yang kita baca ketika masuk tandas (yang ertinya): “Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari jin yang lelaki dan yang perempuan”.
KESEMBILAN
Bangsa jin itu juga makan seperti kita, hanya saja makanannya tidak sama dengan makanan kita dan adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana syaitan mencuri makanan zakat dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menjaganya.
Pada nota kaki-nya disebutkan makanan jin diantaranya adalah tulang dan kotoran, makanan manusia yang tidak menyebut nama Allah, dan minuman yang terlarang.
KESEPULUH
Syaitan juga bermalam dan bertempat tinggal, ada kalanya mereka tinggal di rumah-rumah kita. Untuk itulah perlu membaca do’a ketika masuk rumah agar syaitan tidak bermalam di rumah kita. Dalilnya adalah hadits dalam Shahih Muslim no. 2018 (yang ertinya): “Bila seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu mendapat penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu akan mendapat penginapan dan makanan untuk malam.”
Maraknya tayangan-tayangan tentang jin di media hanya memasyhurkan syaitan. Yang berakibat semakin membesarkan dan mengagungkan Iblis dengan penuh rasa takut. Oleh kerana itu buku ini perlu sekali dibaca dan difahami oleh kaum muslimin. Agar kaum muslimin memahami permasalahan tentang alam jin sesuai Al Qur’an dan Sunnah menurut pemahaman para shahabat.
Secara khususnya, buku yang ditulis oleh Ustadz Abdul Hakim ini membantah buku yang telah terbit suatu ketika dahulu yang ditulis oleh seorang wartawan Mesir, dengan judul terjemahan Indonesia “Dialog dengan Jin Muslim”. Wartawan Mesir yang bernama Muhammad Isa Dawud ini mengambil semua khabar untuk bukunya dari Jin Muslim sahabatnya. Yang berakibat mematahkan argumentasi ilmiah dalam beragama, dengan hanya merujuk dari perkataan Jin Muslim sahabatnya itu. Salah satu contohnya adalah penetapan suatu hadits itu sah atau tidak dengan hanya merujuk pada perkataan Jin Muslim sahabatnya itu.
“ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah.” [Hadits Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak]
“Allah S.w.t menciptakan jin tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.” [Hadits dari riwayat oleh Abi Darda’ r.a]

sumber 
copy dari blog ni..admin tak ada kena mengena

Contact Form

Name

Email *

Message *